Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zayn Malik diserbu peminat sampai kaki kena gilis tayar

    Kemunculan penyanyi Zayn Malik di acara pertunjukkan fesyen sebuah jenama di Paris baru-baru ini mencuri perhatian peminat.

    Mana tidaknya, ia merupakan penampilan sulung Zayn, 31, selepas lima tahun tidak dilihat menghadiri sebarang acara secara terbuka, kongsi mStar.

    Semestinya tetamu yang hadir termasuk rakan selebriti tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar bersama bekas anggota kumpulan One Direction itu.

    Antara yang dilihat merakamkan gambar bersama Zayn adalah penyanyi Malaysia iaitu Hael Husaini yang turut dijemput pada acara tersebut.

    Selepas tamat acara, Zayn turut menjadi buruan ramai pengamal media yang mahu merakamkan wajahnya.

    Dia juga cukup mesra melayan peminat yang sudah menunggu untuk merakamkan gambar.

    Bagaimanapun, ada satu kejadian tidak diingini berlaku di mana kaki penyanyi ini secara tidak sengaja digilis oleh sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

    Berkongsi kisah berkenaan, Zayn memaklumkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. – Agensi

    Hael sempat bergambar bersama Zayn di Paris. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda