Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zayn Malik terkilan tidak dapat beri pelukan terakhir

    Hati penyanyi Zayn Malik hancur saat menerima berita kematian sahabatnya iaitu mendiang Liam Payne pada Rabu lalu.

    Zayn atau Zain Javadd Malik, 31, juga terkilan kerana tidak dapat memberikan pelukan terakhir buat Liam.

    “Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan saya sekarang selain daripada hancur.

    “Saya kehilangan seorang ‘abang’ apabila awak meninggalkan kami (One Direction) dan saya tak dapat memberi pelukan terakhir serta mengucapkan selamat tinggal. “Saya juga tidak dapat beritahu saya sangat menyayangi dan menghormati awak.

    “Saya akan menghargai semua kenangan kita di hati saya selamanya,” katanya.

    Gambar kenangan Zayn bersama mendiang Liam. – mStar

    Memetik laporan mStar, Zayn berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

    Selain itu, pada hantaran sama, Zayn turut berkongsi foto dia bersama Liam sedang tidur.

    Malah penyanyi Dusk Till Dawn itu berkata, dalam diam dia sebenarnya sentiasa hormat pada keperibadian mendiang yang sangat berprinsip.

    “Saya tidak pernah berterima kasih kerana menyokong saya melalui beberapa masa yang paling sukar dalam hidup saya.

    “Walaupun awak muda, awak sentiasa lebih bijak daripada saya, awak keras kepala, berpendirian dan tidak peduli tentang orang lain apabila mereka salah. Dalam diam saya sentiasa menghormati awak,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda