Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Zelensky bakal berucap di Majlis Keselamatan PBB

    KYIV, 5 APRIL – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan menyampaikan ucapan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di mana dia dijangka akan meminta sekatan baharu yang tegas ke atas Moscow di atas pembunuhan di bandar Bucha yang digelarnya ‘jenayah perang’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’.

    Ucapan itu, adalah yang pertama oleh Zelensky sejak pencerobohan Rusia ke atas negaranya, dibuat selepas dia membuat kunjungan emosional ke Bucha, di mana berpuluh-puluh mayat ditemui selepas pengunduran tentera Rusia.

    Imej ngeri mayat-mayat bergelimpangan di jalanan, dengan tangan mangsa diikat di belakang mereka, menyebabkan kutukan antarabangsa ke atas Rusia.

    Moscow menafikan bertanggungjawab dan memberitahu imej tersebut sebagai palsu atau kematian berlaku selepas tentera Rusia berundur dari kawasan itu.

    Tetapi gambar satelit yang dikeluarkan oleh Maxar Technologies pada pertengahan Mac, sebelum pengunduran tentera Rusia, menunjukkan mayat ditemui beberapa kawasan oleh tentera Ukraine dan disaksikan oleh wartawan.

    Kelmarin Zelensky menghabiskan masa setengah jam di Bucha, di mana dia menyalahkan tentera Rusia atas pembunuhan tersebut.

    “Ini adalah jenayah perang dan ia akan diiktiraf oleh dunia sebagai pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

    Pada sebelah malam, dia berkata ‘sekatan sebagai tindak balas pembunuhan awam oleh Rusia mesti tegas’.

    “Tetapi…adakah ratusan orang yang terkorban dalam penderitaan bagi beberapa pemimpin Eropah untuk akhirnya memahami bahawa Rusia sepatutnya menerima tekanan berat?” dia bertanya dalam video yang dimuat naik di Telegram.

    Dia juga menyeru senjata tambahan daripada sekutu barat, mengatakan lebih banyak senjata mampu menyelamatkan ribuan jiwa.

    “Saya tidak menyalahkan awda – Saya hanya menyalahkan tentera Rusia,” katanya. “Tetapi awda boleh memberikan bantuan.” – AFP

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky semasa bercakap kepada wartawan di bandar Bucha pada 4 April lalu. Dia akan memberikan ucapan di Majlis Keselamatan PBB di mana dia dijangka akan meminta sekatan baharu yang tegas ke atas Moscow mengenai pembunuhan di bandar Bucha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...