Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Zelensky bertemu Pope, pemimpin Itali

    ROM, 14 MEI – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky semalam mengadakan perbincangan dengan Pope Francis di Rom dan bertemu beberapa pemimpin Itali sempena lawatan beliau ke Itali.

    Dalam temu bual dengan televisyen RAI, Zelensky berkata beliau berbesar hati untuk bertemu dengan Pope yang telah berulang kali menawarkan untuk memainkan peranan untuk rundingan bagi menamatkan peperangan di Ukraine.

    Memetik satu kenyataan yang dikeluarkan Vatican, dalam pertemuan selama kira-kira 40 minit, Zelensky dan Francis membincangkan keperluan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa akibat konflik itu.

    Menerusi akaun Twitternya selepas pertemuan itu, Zelensky berkata beribu-ribu kanak-kanak telah ‘diusir ke Rusia’ dan perlu dipulangkan ke tanah air mereka semula.

    Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Itali, Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giorgia Meloni secara berasingan yang menyaksikan kedua-dua pemimpin berkenaan menjanjikan sokongan penuh ketenteraan dan kewangan.

    Mattarella dan Meloni juga mengulangi hasrat untuk memperjuangkan bidaan Ukraine untuk keahlian penuh Kesatuan Eropah.

    Selepas Rom, Zelensky dijadual berlepas ke Berlin pada Ahad.- Bernama

    Perdana Menteri Itali,Giorgia Meloni dan Volodymyr Zelensky berjabat tangan selepas mengadakan siding media di Palazzo Chigi, Rom pada 13 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...