Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zelensky ikrar kemenangan milik rakyat Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 3 JUN – Ukraine akan muncul sebagai pemenang dalam perang yang dimulakan oleh Rusia, kata Presiden Volodymyr Zelensky kelmarin ketika pencerobohan Moscow ke atas jirannya memasuki hari ke-100 dengan tentera Rusia menggempur wilayah Donbas.

    Sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari lalu, beribu-ribu orang telah terbunuh, berjuta-juta penduduk melarikan diri dan bandar-bandar telah bertukar menjadi runtuhan.

    Walau bagaimanapun, kemaraan Rusia telah diperlahankan oleh tentangan sengit Ukraine yang mengusir mereka dari sekitar ibu negara dan memaksa Moscow mengalihkan sasarannya ke arah timur.

    Semenjak itu, Rusia telah mengambil seperlima daripada wilayah Ukraine, menggandakan tiga kali ganda tanah di bawah jajahannya dari tahun 2014 apabila ia merampas Crimea dan sebahagian daripada Donbas.

    Zelensky berkata Rusia tidak akan menang semasa satu rakaman video yang disusuli oleh pemimpin politik, juga mengeluarkan video sama.

    “Pasukan kami jauh lebih besar. Angkatan Tentera Ukraine ada di sini. Yang paling penting rakyat, rakyat negeri kami ada di sini yang sudah mempertahankan Ukraine selama 100 hari.

    “Kemenangan akan menjadi milik kita,” isytihar Zelensky. – AFP

    Presiden Volodymyr Zelensky mengisytiharkan kemenangan pada hari ke-100 pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda