MOSCOW, 9 SEPT – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melantik bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyepaduan Semula, Iryna Vereshchuk, kelmarin, sebagai Timbalan Ketua Pejabatnya, lapor Sputnik.
Dekri itu diterbitkan di laman sesawang presiden.
Sementara itu, Viktor Mykyta, Ketua Pentadbiran Negeri Wilayah Zakarpattia, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pejabat Zelensky.
Pada Selasa lalu, Zelensky memecat Timbalan Ketua Pejabatnya, Rostyslav Shurma.
Peletakan jawatan juga dikemukakan oleh Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba; Menteri Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Asli, Ruslan Strilets; Menteri Kehakiman, Denys Maliuska; Menteri Industri Strategik, Alexander Kamyshin; dan Timbalan Perdana Menteri bagi Integrasi Eropah dan Euro-Atlantik, Olha Stefanishyna.
Vereshchuk juga telah mengumumkan peletakan jawatannya. – Bernama