WASHINGTON, 21 DIS – Rumah Putih pada hari ini mengesahkan bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan ke Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali sejak konflik Ukraine-Rusia meletus 10 bulan lalu, untuk berunding dengan Presiden, Joe Biden dan Ahli Parlimen AS.
“Presiden Biden mengundang Presiden Volodymyr Zelensky melawat Washington D.C. untuk mengesahkan komitmen berterusan AS terhadap Ukraine,” lapor agensi Anadolu memetik jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.
Kenyataan Rumah Putih itu sekali gus mengesahkan beberapa laporan mengenai kemungkinan lawatan mengejut pemimpin Ukraine itu. – Bernama










