Thursday, March 6, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zelenskyy utus surat untuk rundingan semula

    WASHINGTON, 5 MAC – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi ucapannya di hadapan Kongres berkata beliau telah menerima surat daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang menyatakan kesediaan Ukraine berunding semula bagi mencapai keamanan yang berkekalan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Sebentar tadi, saya menerima surat penting daripada Presiden Zelenskyy dari Ukraine. Surat itu menyatakan, “Ukraine bersedia untuk duduk di meja rundingan secepat mungkin bagi keamanan yang berkekalan. Tiada siapa yang inginkan keamanan lebih daripada rakyat Ukraine.

    “Saya dan pasukan saya bersedia untuk bekerjasama di bawah kepimpinan teguh Presiden Trump bagi memperoleh perdamaian yang berkekalan.

    “Mengenai perjanjian mineral dan keselamatan, Ukraine sedia untuk menandatanganinya pada bila-bila masa dan dalam apa jua format yang sesuai,” kata Trump, memetik surat itu.

    Zelenskyy turut mengucapkan penghargaan atas apa yang telah dilakukan oleh Washington untuk membantu Ukraine.

    “Saya menghargai bahawa beliau mengirimkan surat ini. Saya baru menerimanya sebentar tadi,” kata presiden AS itu.

    Trump juga menegaskan bahawa dalam masa yang sama, mereka mengadakan perbincangan serius dengan Rusia dan beliau menerima ‘isyarat kuat’ bahawa Rusia bersedia untuk berdamai. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti

    Volodymyr Zelenskyy dalam satu acara di Lancaster House, Londonpada 2 Mac. Trump nyatakan terima surat dari beliau.- Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda