Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zermatt, bandar bebas asap kenderaan

    ZERMATT adalah satu daripada bandar pelancongan utama di Switzerland dan terletak di bahagian selatan yang bersempadan dengan Itali.

    Ketika musim dingin, salji yang turun seolah-olah kapas putih yang menyaluti keseluruhan daratan di destinasi pelancongan empat musim itu. Keunikan itulah yang menjadi antara tarikan pelancong tempatan dan segenap pelosok dunia.

    Bagi pelancong-pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini pasti akan berasa sangat teruja dan agak terkejut sebaik tiba dengan tren Glacier Express kerana rupa-rupanya bandar ini bebas kenderaan yang menggunakan bahan api. Yang ada cuma kenderaan elektrik kecil dan besar menghiasi jalan rayanya.

    Pekan kecil ini memberikan para pengunjung satu rasa yang nyaman untuk menghirup udara segar dari kawasan pergunungan, malah bebas daripada asap kenderaan. Menurut penduduk tempatan, hanya polis dan doktor dibenarkan menggunakan kenderaan menggunakan bahan api.

    Musim dingin

    Musim dingin sentiasa dinantikan pelancong yang datang untuk bermain ski bersama rakan dan keluarga, namun ramai juga yang ke sini hanya untuk bersantai semata-mata sambil menikmati keindahan kawasan pergunungan yang memutih.

    Musim dingin sentiasa dinantikan pelancong yang datang untuk bermain ski bersama rakan dan keluarga, namun ramai juga yang ke sini hanya untuk bersantai semata-mata sambil menikmati keindahan kawasan pergunungan memutih.

    Lazimnya, setiap kali kedatangan pelancong ke bandar ini, mereka akan disambut oleh pemandu-pemandu pelancong dari Zermatt Tourism yang menunggu di stesen jika mereka menggunakan perkhidmatan mereka.

    Hanya bagasi dihantar ke hotel, manakala para pengunjung akan dibawa ke satu lagi terminal tren yang mana akan membawa para pengunjung untuk terus ke kawasan pergunungan.

    Perasaan teruja akan sentiasa memenuhi perasaan setiap pengunjung walaupun badan masih terasa penat dek tempoh perjalanan yang panjang.

    Setiap kali kedatangan pelancong, destinasi pertama ialah ke Gonnergrat iaitu kawasan pelancongan pergunungan pada ketinggian 3,089 meter dari paras laut (mdpl).

    Tren merentasi pergunungan memutih menghidangkan pemandangan sangat indah yang tidak terucap dengan kata-kata. Kamera telefon bimbit pelancong akan sentiasa aktif untuk merakam setiap keindahan yang dirasakan tiada penghujungnya.

    Kelihatan juga beberapa laluan kereta kabel yang menjadi pengangkutan utama di pergunungan ini. Ia adalah kemudahan utama bagi pemain-pemain ski untuk berpatah balik ke lokasi permulaan selepas menuruni pergunungan dengan ski.

    Dengan perjalanan selama 40 minit, para pelancong akan tiba di kawasan perhentian terakhir dan memerlukan sedikit pendakian ke Gonnergrat. Apa yang menarik, Gonnergrat ini terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan yang menjanjikan satu pemandangan yang begitu menakjubkan.

    Selain itu, memang jelas dilihat sekitar 29 gunung lain di sekeliling kawasan ini termasuk Gunung Matterhorn yang sangat terkenal dan merupakan gunung yang paling tinggi di situ iaitu setinggi 4,478 mdpl. Jika diamati dengan teliti, puncak

    Gunung Matterhorn itu merupakan simbol yang menghiasi pembalut coklat Tobleron yang banyak dijual dan terkenal di seluruh dunia termasuk benua Asia seperti Malaysia dan Brunei Darussalam.

    Keadaan suhu di kawasan ini agak sejuk iaitu sekitar negatif 5 darjah Celsius, namun semua itu tidak begitu terasa disebabkan oleh sinaran matahari yang terpancar segar mengurangkan lagi rasa sejuk di badan setiap pelancong. Seterusnya, para pelancong boleh bergerak ke puncak Gonnergrat untuk menikmati keindahan sekeliling pergunu-ngan di banjaran Alps itu.

    Pusat peranginan ini juga menawarkan dua riadah yang hebat iaitu untuk menikmati keindahan kawasan tersebut atau untuk bermain ski namun rata-rata pelancong datang ke kawasan itu untuk bermain ski, papan luncur salji, ada juga yang bermian paragliding, ski helikopter, mendaki dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang lain.

    Zermatt, menakjubkan

    Apabila berada di Zermatt, anda berpeluang bersiar-siar di pekan kecil itu tanpa sebarang gangguan daripada trafik lalu lintas yang sibuk.

    Apa yang pasti, anda akan melihat pekan kecil itu dipenuhi dengan banyak asrama, hotel dan berpuluh-puluh kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis hidangan dan toko barangan atau kelengkapan untuk pelbagai aktiviti pergunungan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda