Oleh Syahmi Hassan
Pengurus Jualan TCY Motors, Awang Ammirul Adnan menyampaikan hadiah kepada Zhang Jinxiang yang terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah dalam talian yang diadakan baru-baru ini bagi meraikan pelancaran kenderaan jenama DFSK (DongFeng-Sokon) di Brunei, di mana 85 penyertaan diterima. TCY Motors sebagai pengimport dan pengedar jenama automotif terbaharu yang memasuki Brunei itu melancarkan jenama DFSK secara maya dengan membawakan SUV tujuh tempat duduk, Glory 560.