NEW YORK, 31 OGOS – Zhang Zhizhen menewaskan pilihan kelima, Casper Ruud daripada Terbuka AS semalam, sekali gus mencipta sejarah tenis dengan menjadi pemain pertama dari China yang menewaskan pemain lima terbaik.
Pemain berusia 26 tahun dari Shanghai itu – menduduki tempat ke-67 dunia – menghasilkan perlawanan seumur hidupnya untuk menewaskan finalis Terbuka AS tahun lalu 6-4, 5-7, 6-2, 0-6, 6-2 dalam tiga jam 19 minit.
Kemenangan Zhang adalah kali pertama mana-mana pemain lelaki China menewaskan pemain yang berada dalam kedudukan lima terbaik dunia.
Zhang akan berdepan Rinky Hijikata dari Australia pada pusingan ketiga esok, berusaha untuk mara ke peringkat 16 terakhir Grand Slam buat kali pertama.
Kemenangan semalam adalah berbeza dengan kempen Zhang dalam kejohanan tahun lalu di mana dia diketepikan pada pusingan pertama selepas kerjayanya berakhir oleh pandemik COVID-19.
“Pertama sekali, dengan situasi COVID, sukar untuk keluar. Kemudian semuanya sukar,” kata Zhang.
“Saya tidak fikir (pada) ketika itu kami percaya kami boleh membuat keputusan ini. Pada masa itu, saya akan katakan kami lebih memikirkan untuk cuba menduduki tempat 100 teratas, itu matlamat kami, matlamat yang awda capai langkah demi langkah.”
Zhang berkata dia akan mengambil pendekatan itu pada Terbuka AS bermula dengan perlawanan pusingan ketiga esok.
“Satu pusingan demi satu pusingan, satu langkah demi satu langkah, dan kita akan lihat,” katanya. “Saya tidak boleh berfikir terlalu jauh. Setiap pusingan adalah sukar.” – AFP