Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zheng rangkul gelaran kedua

    SHANGHAI, 16 OKT – Zheng Qinwen mencipta kejutan besar dengan meraih gelaran kedua dalam kariernya, di tanah airnya sendiri pada Terbuka Zhengzhou kelmarin, memenangi perlawanan akhir tiga set yang sukar dan meraikannya dengan sesi karaoke spontan pada majlis penyampaian trofi.

    Pemain popular berusia 21 tahun itu berjaya menumpaskan pemain Czech, Barbora Krejcikova dengan keputusan 2-6, 6-2, 6-4, sekali gus menjadi wanita China ketiga yang memenangi gelaran perseorangan di peringkat WTA 500 atau lebih tinggi, selepas Li Na dan Zheng Saisai.

    Tahun ini menandakan kali pertama dalam sejarah Jelajah WTA apabila tiga wanita China memenangi gelaran perseorangan dalam satu musim, dengan Zhu Lin menang di Hua Hin, Wang Xiyu di Guangzhou dan Zheng merangkul trofi pertamanya di Palermo pada Julai.

    Selepas memenangi pingat emas Sukan Asia pada 29 September, Zheng yang berada di ranking ke-24 mengalami kekalahan mengecewakan seawal pusingan pertama pada Terbuka China kepada Elena Rybakina, tetapi dia kembali bangkit untuk meraih gelaran terbesar dalam kariernya 13 hari kemudian.

    “Ia adalah pengalaman istimewa dapat memenangi gelaran 500 pertama saya di China, terutamanya di Zhengzhou,” kata Zheng, yang akan kembali ke tangga 20 teratas.

    Zheng adalah yang pertama mematah servis lawannya apabila dia mendahului 2-0 tetapi Krejcikova menguasai lima permainan seterusnya dan mendahului satu set dalam masa 39 minit. – AFP

    Zheng bergambar bersama trofi selepas memenangi kejohanan tenis Terbuka WTA Zhengzhou di Zhengzhou, di wilayah Henan tengah China pada 15 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda