Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zheng rangkul gelaran ketiga

    TOKYO, 27 OKT – Juara Olimpik, Zheng Qinwen, memuji tahap konsistensinya yang semakin meningkat selepas merangkul gelaran ketiga tahun ini, setelah menewaskan Sofia Kenin dalam final Terbuka Pan Pacific di Tokyo, hari ini.

    Pemain dari China, Zheng, mengatasi Kenin dari Amerika Syarikat dengan kemenangan 7-6 (7/5), 6-3, sekali gus melanjutkan prestasi cemerlangnya musim ini sebagai pemain nombor tujuh dunia.

    Pada usia 22 tahun, Zheng mencipta sejarah sebagai pemain China pertama yang meraih emas perseorangan tenis Olimpik di Paris.

    Selain itu, dia juga memenangi kejohanan di Palermo dan menjadi naib juara di Wuhan serta Terbuka Australia.

    Zheng bergelut mendapatkan konsistensi selepas kalah kepada Aryna Sabalenka di Melbourne pada awal tahun ini dan berkata ia terpaksa mengubah mentalitinya.

    “Ketika saya mara ke final di Terbuka Australia, ramai yang memuji, tetapi selepas itu saya mengalami prestasi turun naik di kejohanan lain.

    “Saya mula memperbaiki diri dan menilai kembali mentaliti yang diperlukan,” katanya.

    Zheng yang juga pemain pilihan utama di Tokyo, mengekalkan ketenangan untuk memenangi set pertama yang sengit walaupun terdapat dua gangguan hujan, sebelum menguasai set kedua dengan selesa. – AFP

    Zheng bergambar bersama trofi kemenangan selepas perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Pan Pacific di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda