SHANGHAI – Zheng Zhi adalah jenis yang jarang ada di dalam bola sepak; seorang pemain China yang pergi ke Eropah dan mampu untuk berjaya di sana.
Dan walaupun sebagai seorang pemain veteran yang berusia 37 tahun, dia masih membuat sejarah iaitu memenangi Liga Super China (CSL) bagi kali ke sembilan setelah pihaknya Guangzhou Evergrande mengekalkan kejuaraan mereka pada hari Ahad yang lalu.
Pemain tengah itu adalah seorang pahlawan kepada peminat bola sepak China, telah memenangi 98 permainan sehingga kini dan mengetuai sebuah pasukan yang mana secara perlahan telah berkembang dengan baik di bawah latihan pemenang Piala Dunia Itali, Marcello Lippi.
Peminat bola sepak di Britain juga akan mengingati nama itu.
Zheng telah bermain bagi Charlton Athletic daripada tahun 2007 hingga ke tahun 2009 dan mempunyai satu musim di Celtic sebelum pulang ke China untuk main bersama Evergrande dalam tahun 2010.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M4-B_061117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M4-D_061117.jpg)
Setelah Evergrande memperolehi kejohanan liga yang ke tujuh secara berturut-turut pada hujung minggu – Zheng juga memenangi CSL dengan Shandon Luneng dan Shenzhen Jianlibao di awal kerjayanya – kapten itu mengatakan bahawa dia mahu meneruskannya selama yang dia mampu.
“Bila pertama kali saya datang ke Guangzhou, saya tidak menyangka saya akan berkhidmat lama di sini dan membawa kejohanan yang banyak ini,” kata Zheng.
“Perasaan ketika memenangi setiap kejohanan itu adalah berbeza, namun bagi satu kumpulan untuk memenanginya sebanyak tujuh kali berturut-turut adalah pencapaian yang menakjubkan.”
“Saya harap saya dapat menyimpan perasaan manis ini.”
“Sudah pasti tidak ada seorang pun yang mampu menghindari peredaran masa akan tetapi saya berharap saya boleh berusaha untuk meneruskannya.”
Dia mungkin berada dalam lingkungan usia bagi kebanyakan pemain untuk menggantung kasut, namun Zheng telah menunjukkan beberapa persembahan yang luar biasa.
Kapten Guangzhou mengalami kecederaan apabila mereka merangkul gelaran pada hari Ahad tetapi dia telah bermain hampir 30 kali pada musim ini termasuk semua 120 minit perlawanan pertembungan suku akhir Liga Juara Asia bulan lalu terhadap saingan China Shanghai SIPG.
Dan dengan perlawanan itu terikat pada 5-5 selepas masa tambahan, kaki Zheng yang sudah berusia masih cukup untuk menanam penalti terakhir pasukan sebelah selatan China dalam perlawanan itu. Malangnya bagi Zheng, juara Liga Juara dua kali dengan Evergrande, Yu Hai SIPG mengekalkan keberaniannya di depan peminat teluk Guangzhou untuk meletakkan Shanghai ke separuh akhir untuk kali pertama.
‘Seperti orang yang berusia 18 tahun’
Zheng memulakan kerjayanya di Shenzhen Jianlibao yang mana sekarang dikenali sebagai Shenzhen FC sebelum berpindah ke Shandong dan telah diambil oleh Charlton yang pada mulanya sebagai pinjaman pada bulan Januari 2007.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M4-C_061117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M4-A_061117.jpg)
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/M4-E_061117.jpg)
Pasukan London berada di Liga Perdana pada masa itu dan Zheng tidak dapat mengimpikan kemunculan buat pertama kali yang lebih besar, sebagai pengganti di depan 75,000 orang peminat di Old Trafford menentang Manchester United.
Setelah berjaya menandakan sembilan gol dan 67 kali kemunculan dengan Charlton, Zheng menandatangani untuk Celtic.
Zheng hanya memainkan peranan yang sedikit dengan gergasi Scotland dalam tahun 2009 dan 2010 dan mengatakan bahawa ia sentiasa bercadang untuk kembali semula ke China.
Dan dia melakukannya, menandatangani musim panas 2010 untuk Guangzhou dengan perpindahan percuma dan memulakan pameran trofi yang termasuk kejohanan Liga Juara Asia 2013 dan 2015, serta anugerah pemain tahunan AFC 2013.
Seperti semua pemain yang berprofil tinggi, dia juga mempunyai pengkritik dan kontroversinya yang tersendiri namun dianggap sebagai salah seorang pemain paling hebat di China.
Pada musim ini, China FA telah menggantungnya untuk empat permainan dan mendendanya kerana kegagalannya untuk mengumpulkan pasukannya bagi bersalaman dengan pengadil berikutan dengan kekalahan liga. Dan dalam tahun 2015, penjaga gol Hong Kong Yapp Hung-fai mengatakan bahawa Zheng menggelarnya “anjing” sewaktu perbalahan yang berlaku pada kelayakan Piala Dunia yang berakhir dengan seri.
Zheng hanya mengetawakan dakwaan itu.
Lippi mengatakan bahawa dia akan terus untuk memilih Zheng bagi China dan jurulatih Guangzhou Felipe Scolari baru-baru ini mengatakan bahawa: “Dia berusia 37 tahun tapi dia seperti orang yang berusia 18 tahun dan dia bekerja dengan bersungguh-sungguh.”
“Dia adalah sebagai contoh bagi semua orang dan ia adalah satu keseronokan bagi saya untuk bekerja dengan pemain seperti dia,” luahan Scolari yang mana telah bekerja dengan banyak pemain dunia yang hebat. – AFP