Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Ziana, Anuar berpadu suara

    Air mata penyanyi Ziana Zain gugur ketika menjayakan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

    Ziana gagal menahan perasaan sebak apabila mengimbas semula pesanan dan nasihat dititipkan ibunya sebagai panduan selepas bergelar anak seni.

    “Emak sering menasihatkan saya tidak mudah lupa diri dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Apa yang dikurniakan hari ini, semuanya milik Allah,” ungkap Ziana sambil ditenangkan Anuar.

    Penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Madah Berhelah itu mengakui, tidak dapat tidur malam gara-gara konsert itu.

    “Seminggu saya tak tidur malam kerana memikirkan konsert ini,” ujar Ziana sambil menerima tepukan semangat kira-kira 2,800 penonton yang hadir menyaksikan konsert yang julung kali menggabungkan dua beradik itu.

    Tiket untuk konsert Ziana dan Anuar Zain di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur laris tiga hari selepas ia dijual. – Agensi

    Tirai konsert bermula jam 9 malam dibuka dengan dua lagu rancak, Sangkar Cinta dan Bila Resah yang disampaikan dengan penuh bertenaga oleh dinamik duo ini.

    Sepanjang tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, tetapi juga celoteh melucukan.

    Antara lagu popular dipersembahkan Ziana termasuklah Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu, Madah Berhelah dan lagu yang belum pernah dinyanyikan dalam mana-mana persembahan iaitu Terlerai Kasih. Manakala Anuar pula menghiburkan peminat dengan lagu popularnya seperti Ketulusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.

    Seperti dijanjikan ketika sidang media konsert, beberapa bulan lalu, pasangan dua beradik ini turut berpadu suara menyampaikan lagu Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan yang menjadi lagu penutup konsert itu. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...