Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ziana sentiasa positif, realistik dengan kehidupan

    Sentiasa positif. Itu yang dapat disimpulkan tentang sosok penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain yang cukup disenangi ramai dengan personaliti dan caranya membawa diri.

    Bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga sebagai ibu kepada empat anak yang sedang membesar, tentunya menuntut pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain itu menunjukkan contoh terbaik.

    Selepas perkahwinannya bersama bekas suami, Armin Zaharin bin Ahmad Zambri berakhir dengan perpisahan dan membawanya kepada status ibu tunggal, penyanyi Menadah Gerimis itu sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak-anaknya.

    Paling penting, Ziana tidak pernah memutuskan hubungan mereka dengan bekas suami. Sebaliknya mengingatkan semua permata hati kesayangan agar selalu bertanya khabar dan berhubung dengan bapa mereka.

    “Walaupun saya dan bekas suami sudah tiada apa-apa, saya tidak pernah memutuskan hubungan anak-anak dengan bapa mereka. Malah selalu mengingatkan masing-masing tentang tanggungjawab sebagai anak dan jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa.

    “Anak-anak selalu berjumpa dengan bekas suami dan saya tiada halangan kerana itu adalah bapa mereka.

    “Kalau kita ditegah daripada berjumpa bapa sendiri, sudah tentu kita juga akan marah. Jadi jangan buat begitu. Tunjukkan contoh yang baik,” ujarnya kepada SinarPlus.

    Ziana yang ditemui pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini baru-baru ini berkata, dia tidak mahu memisahkan kasih sayang keempat-empat zuriatnya daripada bapa sendiri. – Agensi

    Ziana tidak mahu pisahkan kasih sayang anak-anak dengan bapa mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda