Wednesday, October 4, 2023
29.8 C
Brunei

    -

    Ziarah Dakwah Secara Maya kongsi perkembangan mualaf di Belait

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 30 SEPT – Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait buat julung kalinya, hari ini, telah mengadakan Ziarah Dakwah Secara Maya untuk memberikan maklumat dan perkembangan mualaf di sekitar Daerah Belait yang turut terjejas semasa pandemik ini.

    Inisiatif berkenaan melibatkan sebahagian penghulu mukim dan ketua kampung di Mukim Bukit Sawat, Kampung Labi, Mukim Sukang Melilas dan ketua-ketua rumah panjang serta mualaf di sekitar Daerah Belait.

    Ziarah Dakwah Secara Maya dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Dalam ucapannya itu, beliau berharap dengan adanya inisiatif itu boleh memberikan motivasi dan nasihat mengikut kaedah yang sesuai.

    Ini diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail; Pemangku Penghulu Mukim Sukang dan Melilas, Awang Mohammad bin Abdullah dan Tuai atau Ketua Rumah Panjang Mandaram Besar, Awang Berandi anak Jamau,
    Turut serta dalam ziarah dakwah berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku ketua Kampung Labi 1 dan pemangku penghulu Mukim Labi.

    Antara yang menyertai Ziarah Dakwah Secara Maya tersebut.- Gambar serahan PDI

    Turut dibincangkan semasa acara itu adalah aktiviti-aktiviti secara maya yang boleh dilaksanakan bersama pihak penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta tuai atau ketua rumah panjang dengan PDI dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.

    Perkara-perkara yang dibangkitkan adalah mengenai program Munajat bersama Mualaf Rumah Panjang Daerah Belait dan Majlis Memperingati Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW yang bakal menjelang.

    Dengan adanya Ziarah Dakwah Secara Maya itu dapat menjalinkan dan mengukuhkan lagi silaturahim antara satu sama yang lain.

    Ziarah Dakwah Secara Maya diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah beramai-ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...