MADRID, 31 MEI – Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid disebabkan dia merasakan kelab gergasi Sepanyol itu tidak lagi menaruh sebarang keyakinan terhadapnya, dedahnya dalam surat terbuka hari ini.
“Saya meninggalkan kelab kerana saya merasakan kelab tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap saya dan tidak memberikan sokongan kepada saya untuk membina sesuatu dalam tempoh masa sederhana dan panjang,” pengurus kelahiran Perancis itu menulis dalam surat yang diterbitkan oleh akhbar sukan, AS.
“Saya dilahirkan sebagai seorang juara dan saya di sini memenangi banyak trofi, tetapi sebalik ini adalah sifat manusia, emosi, kehidupan dan saya merasakan perkara sebegini tidak lagi dihargai, ia sesuatu yang tidak difahami dan ini adalah bagaimana kedinamikan kelab hebat dikekalkan,” katanya.
“Saya meninggalkan kelab, tetapi saya tidak bercadang untuk bersara dan saya belum letih menjadi pengurus,” katanya.
Real mengharungi musim mengecewakan, menamatkan kedudukan kedua di La Liga di belakang Atletico Madrid dan tewas kepada Chelsea di Liga Juara-Juara peringkat separuh akhir.

Ini merupakan kali kedua Zidane meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid.
Pemenang Piala Dunia 1998 itu kali pertama mengendalikan Madrid pada Januari 2016 dan membimbing Real menjuarai La Liga pada 2017 dan melengkapkan kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara sebelum secara tiba-tiba berhenti pada 31 Mei, 2018.
Kurang daripada setahun dia kembali selepas Julen Lopetegui dan Santiago Solari dipecat sebagai pengurus.
Dalam surat terbuka tersebut, Zidane berkata dia meninggalkan kelab pada 2018 kerana dia memerlukan suasana berbeza untuk meletakkan dirinya di tahap tertinggi’ tetapi pada kali ini ‘semuanya berbeza’.
“Saya mahu apa yang saya kecapi bersama untuk dihormati. Saya akan disukai dalam beberapa bulan hubungan saya dengan kelab dan dengan presiden (Florentino Perez) untuk menjadi sedikit berbeza dari jurulatih lain,” kata Zidane. – AFP