Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zidane optimis

    MUNICH, 1 OGOS – Kemenangan 5-3 Real Madrid ke atas Fenerbahce dengan ledakan hatrik penyerang Perancis Karim Benzema pada perlawanan pramusim awal pagi tadi sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap gergasi Sepanyol itu dan pengurusnya Zinedine Zidane.

    Begitupun pertahanan Real dilihat terlalu lemah apabila mereka telah melepaskan 16 gol dalam hanya lima perlawanan persahabatan setakat ini.

    Juara Eropah 13 kali itu berdepan lawan dari Turki tersebut yang menewaskan Tottenham 1-0 kelmarin dalam perlawanan pertama dari empat saingan yang juga menampilkan juara Jerman, Bayern Munich.

    “Kami akan cari penyelesaian dan bekerja keras. Saya bersama pemain dan saya tahu kami akan melakukannya dengan melalui musim yang sangat bagus.

    “Tiada siapa suka melepaskan tiga gol tetapi kami menjaringkan lima gol. Bagi kami ia adalah kemenangan positif,” katanya.

    Dalam aksi persahabatan minggu lalu, Real diaibkan dengan kekalahan 7-3 kepada pencabar dari bandaraya sama, Atletico Madrid dalam saingan di Amerika Syarikat.

    Persiapan skuad kendalian Zidane bagi mengharungi musim baharu juga dibayangi masalah melanda Gareth Bale di kelab itu.

    Bintang Wales itu tidak dibawa untuk saingan kelab itu dalam dua perlawanan di Munich selepas perancangan untuk berpindah ke pasukan China, Jiangsu Suning yang menawarkan perjanjian tiga tahun dengan nilai 1 juta pound seminggu, tetapi gagal. – AFP

    Zidane menendang bola semasa penentuan tempat ketiga Piala Audi antara Madrid dan Fenerbahce di Munich, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda