Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Zii Jia diberi peringatan

    KUALA LUMPUR, 27 MEI – Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia diingatkan agar tidak mudah selesa dengan pencapaian dilakarnya dalam beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa, ketika ini.

    Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Roslin Hashim berkata Zii Jia juga seharusnya tidak mudah hilang fokus memandangkan ramai sedang memerhatikan serta menganalisis setiap gerak gerinya di atas gelanggang selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2022 dan Terbuka Thailand 2022, baru-baru ini.

    Kejayaan dilakar pemain berusia 24 tahun itu dalam dua kejohanan tersebut menyaksikannya berjaya naik satu anak tangga dari kedudukan keenam sebelum ini, untuk menyertai kelompok lima pemain terbaik dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    Roslin bagaimanapun percaya Zii Jia mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk mengawal tekanan di peringkat tertinggi dengan bijak sekali gus berada di landasan tepat memburu lebih banyak kejuaraan musim ini.

    Beliau juga menyifatkan ramuan serta sentuhan jurulatih Zii Jia dari Indonesia, Indra Wijaya ternyata membuahkan hasil selepas juara All England 2021 itu sedang berada dalam kemuncak prestasinya pada waktu ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...