Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zii Jia gagal ke final

    KUALA LUMPUR, 17 NOV – Jaguh perseorangan profesional Malaysia, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 7 hingga 11 Disember ini. 

    Ini selepas pemain nombor dua dunia itu terkandas di pusingan kedua Terbuka Australia 2022 di Quay Centre, Sydney di tangan Lu Guang Zu dari China.

    Pemain pilihan utama kejohanan itu memenangi set pertama 22-20 sebelum kecundang 15-21, 16-21 dalam dua set seterusnya yang berlangsung selama 70 minit.

    Kekalahannya hari ini bermakna pemain berusia 24 tahun itu kekal di kedudukan kesembilan ranking Jelajah Dunia BWF dengan  54,930 mata di belakang Guang Zhu yang berada di kedudukan kelapan dengan 56,310 mata.

    Hanya pemain di kedudukan lapan teratas layak ke Final Jelajah Dunia BWF. – Bernama

    Lee Zii Jia terlepas peluang ke aksi Final Jelajah Dunia BWF. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...