Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia intai perbaiki pencapaian

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorangan lelaki utama Malaysia Lee Zii Jia merasakan beliau perlu membuat sesuatu pada dua pertandingan utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerland di Basel pada 2 hingga 7 Mac ini.

    Secara peribadi, Zii Jia yang enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya pada kejohanan berstatus Super 300 itu, mengintai peluang memperbaiki pencapaian dalam dua kejohanan terdahulu dan tampil dengan permainan lebih kemas bagi meraih keputusan positif.

    Ketiadaan jurulatih perseorangan lelaki Datuk Tey Seu Bock di Switzerland tidak menjejaskan tumpuan pemain berusia 22 tahun itu yang optimis mampu bekerjasama dengan baik bersama Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.

    “Memang saya rasa kena ada keputusan yang baik di Eropah tetapi pada masa sama saya juga tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri. Saya akan berusaha sebaiknya dan yang penting sekarang saya sedang mencari kesesuaian corak permainan, itu paling penting.

    “Kita tidak boleh buat apa (ketiadaan Seu Bock) kerana ia pada saat-saat akhir, di sana juga masih ada jurulatih Choong Hann dan kita telah berbincang banyak perkara. Saya rasa tiada masalah bersama jurulatih Choong Hann di sana,” katanya dalam klip video disediakan BAM, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda