Friday, March 21, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia jinakkan pemain Ukraine

    KUALA LUMPUR, 26 JULAI – Jaguh badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia yang membuat penampilan pertama di Olimpik semalam, mengakui mengambil serius setiap perlawanan di Tokyo 2020. 

    Pemain berusia 23 tahun itu, yang mudah menjinakkan pemain Ukraine Artem Pochtarov 21-5, 21-11 dalam hanya 25 minit pada aksi pertama Kumpulan M semalam, tidak mahu memberi ruang kepada lawan untuk bangkit memberi cabaran.

    “Saya sememangnya teruja kerana ini Olimpik pertama saya dan setakat ini saya menikmatinya, tetapi banyak juga kesilapan saya lakukan pada perlawanan semalam. Tak kira lawan bagus atau tidak, saya mengambil serius dan beri 100 peratus.

    “Hanya satu atau dua shot (pukulan) saya layan, pukulan lain saya terus matikan, saya berusaha untuk cepat habiskan perlawanan sebab ini Olimpik,” kata pemain ranking nombor lapan dunia itu, menerusi Juara All England 2021 itu, seterusnya akan bertemu pemain Perancis, Brice Leverdez pada Rabu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda