Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Zii Jia juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 selepas menewaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka di pentas final hari ini.

    Pada aksi yang berlangsung di Quaycentre di Sydney Olumpic Park itu, bekas juara All England itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah seteru di ranking keenam dunia sebelum mengatasi cabaran Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21,21-18.

    Dalam pertarungan selama 78 minit itu, Zii Jia, selaku pemain nombor lapan dunia, merekodkan kemenangan ketiga ke atas Naraoka dalam enam pertemuan dengan bekas juara Asia itu dan pertemuan terakhir di kejuaraan All England Mac lalu.

    Zii Jia sebelum ini pernah tewas kepada Naraoka pada Terbuka Malaysia 2023, Terbuka China 2023 dan Terbuka India 2024.

    Ia juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand pada Mei lepas.

    Selaku juara, Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 manakala Naraoka memperoleh AS$15,960 selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

    Sementara itu, gandingan baharu Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien meraih gelaran sulung Malaysia dalam acara beregu wanita di kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi, 21-17, 7-21, 13-21.

    Walaupun begitu, Pei Jing-Chiew Sien boleh berbangga dengan pencapaian selaku naib juara dengan membawa pulang AS$15,960 manakala selaku juara, Febriana-Amallia membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$33,180. – Bernama

    Zii Jia bergambar dengan trofi yang dimenanginya dalam Terbuka Australia di Sydney kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...