Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia kecewa walau lepasi pusingan awal

    JAKARTA, 14 JUN – Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia melepasi halangan pertama Terbuka Indonesia 2022 selepas menyingkirkan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin di Stadium Istora Senayan di sini, hari ini.

    Pemain berusia 24 tahun yang turun selaku pilihan keenam, memerlukan 41 minit sebelum menjinakkan pemain bukan pilihan itu dengan keputusan 21-15, 21-14 untuk berdepan sama ada pemain Thomas Rouxel dari Perancis atau Sameer Verma dari India di pusingan kedua.

    Zii Jia yang menduduki ranking kelima dunia bagaimanapun kecewa dengan kualiti permainan ditampilkannya pada perlawanan hari ini.

    “Saya tidak berpuas hati 100 peratus, perlu lagi mengurangkan kesilapan mudah dan meningkatkan tahap fokus,” katanya ketika ditemui Bernama.

    Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 yang masih dibayangi kekalahan kepada pemain tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting di suku akhir Masters Indonesia pada Jumaat lepas bagaimanapun berharap dapat mencipta keputusan le-bih baik kali ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda