Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia mara suku akhir Masters China

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Pemain perseorangan profesional Malaysia, Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini.

    Perlawanan yang berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen menyaksikan pemain di kedudukan ke-11 dunia itu mudah menundukan wakil tuan rumah, Lu Guang Zu 21-10, 21-12 dalam perlawanan yang mengambil masa 40 minit.

    Mengulas mengenai perlawanan hari ini, pemain kelahiran Kedah itu berkata kekal tenang dalam gelanggang menjadi kunci untuk mengekalkan momentum kecemerlangan.

    “Cuba untuk lebih sabar ketika dalam gelanggang, ia berjalan dengan jika saya lebih tenang. Ia menjadi kelebihan besar buat saya.

    “Sudah tentu saya mahu ke final…saya harap saya dapat mara sejauh mungkin. Saya cuba untuk lebih menikmati (permainan),” katanya menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    Juara Terbuka Arctic 2023 itu dijadual berdepan pencabar dari Jepun, Kenta Nishimoto yang mengetepikan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn 21-15, 21-23, 21-10. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda