Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Zii Jia rangkul gelaran kedua Terbuka Thailand 2024

    BANGKOK, 19 MEI – Pemain perseorangan profesional lelaki Malaysia, Lee Zii Jia meraih gelaran pertamanya musim ini apabila merangkul gelaran kedua Terbuka Thailand 2024 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pentas final hari ini.

    Zii Jia, juara edisi 2022, hanya mengambil masa 34 minit untuk merangkul kejuaraan dengan kemenangan straight set 21-11, 21-10.

    Kemenangan pemain ranking ke-10 dunia itu diyakini mampu menjadi tonik terbaik dalam persiapan menghadapi Malaysia Masters 2024 bermula Selasa ini.

    Kejayaan itu membolehkan Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai RM147,640 manakala manakala Ka Long meraih RM74,804 selaku naib juara.

    “Ia adalah antara persembahan terbaik saya tahun ini. Saya berharap mengekalkan mementum ini ke kejohanan Malaysia Masters,” kata pemain berusia 26 tahun itu kepada Bernama selepas aksi final itu.

    Ditanya mengenai jangkaannya untuk Malaysia Masters, anak jati Kedah itu berkata dia hanya mahu menikmati permainan itu ketika membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Paris pada Julai ini.

    Zii Jia kali terakhir memenangi kejuaraan Oktober lalu pada Terbuka Artik di Finland.

    Terdahulu, beregu pilihan utama dan juara Terbuka Perancis, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India merangkul gelaran kedua tahun ini apabila mengambil masa 45 minit untuk menewaskan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China 21-15, 21-15. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...