Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Zii Jia sedia beraksi di Terbuka Malaysia

    KUALA LUMPUR, 8 JAN – Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia kini berada dalam landasan terbaik untuk menampilkan prestasi cemerlang selepas mengesahkan dirinya bebas kecederaan untuk beraksi di Terbuka Malaysia 2023 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa ini.

    Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia itu melahirkan keyakinan untuk kembali bangkit pada kejohanan tersebut bagi merealisasikan impiannya untuk menyerlah dalam kejohanan berprestij di hadapan peminat badminton tanah air.

    Zii Jia, 24, yang akan turun selaku pilihan kedua kejohanan bagaimanapun bakal menempuh rintangan sukar apabila dijadual bertemu pemain Jepun, Kodai Naraoka yang menamatkan Jelajah Dunia Final di tempat ketiga, Disember lepas.

    “Berbanding tahun lepas keadaan saya kurang baik, kali ini keadaan saya memang okay dan harap semua akan baik dan ada keputusan baik di sini.

    “Setakat ini, kita tidah tahu sama ada keadaan dia (Kodai Naraoka) baik atau tidak, tetapi saya kena bersedia seratus peratus,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.

    Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua pada edisi 2022 selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dan pusingan pertama kepada pemain Thailand S. Avihingsanon pada 2019.

    Sebelum ini, beliau menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham berikutan prestasi kesihatannya yang kurang memuaskan.

    Pemenang Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina itu turut memaklumkan bakal berdepan cabaran menarik sekiranya melepasi pusingan pertama, apabila dijadual bertemu rakan senegara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua, sekiranya pemain itu mengatasi Nhat Nguyen dari Ireland. – Bernama

    Lee Zii Jia ketika ditemubual media selepas sesi latihan menjelang Kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...