Zii Jia tewas di tangan Chen Long

TOKYO, 30 JULAI – Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei percaya, kejayaan Olimpik pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia (gambar), bukannya hilang tapi hanya ditangguh.

Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut itu berpendapat, dari segi tenaga, kepantasan dan teknik, Zii Jia dapat mengatasi Chen Long pada aksi pusingan 16 terbaik malam tadi.

Namun, cemas pada saat-saat penting mungkin menjadi sebab Juara All England 2021 itu, tewas 21-8, 19-21, 5-21 kepada juara bertahan Olimpik dari China itu.

“Lee Zii Jia, usah kecewa sangat. Ia satu prestasi yang amat baik. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya. Saya bangga dengan anda. Malaysia bangga dengan anda.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang juara bertahan. Muka jer ‘innocent’ tapi mamat itu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Permainan Chong Wei masa Olimpik yang pertama (2004) pun tak kemas. Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Olimpik selepas ini, tiga tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di ‘tangguh’ kan,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya. – Bernama