Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia tidak beraksi di Terbuka India, Masters Indonesia

    KUALA LUMPUR, 7 JAN – Perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia sah tidak akan beraksi pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025.

    Berdasarkan penyertaan pemain dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman web bwf.tournamentsoftware.com, didapati nama pemain ranking keenam dunia itu tiada dalam senarai kedua-dua kejohanan itu.

    Terbuka India 2025 dijadualkan pada 14 hingga 19 Januari ini manakala Masters Indonesia pada 21 hingga 26 Januari.

    Sebelum ini Zii Jia turut menarik diri pada Terbuka Malaysia 2025 yang bermula hari ini hingga 12 Januari di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Menurut hantaran Team LZJ menerusi media sosial Jumaat lalu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lepas. – Bernama

    Gambar bertarikh 5 Ogos 2024 menunjukkan Zii Jia ketika beraksi menentang pemain India, Lakshya Sen, di Arena Porte De La Chapelle. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda