Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Zii Jia tidak menyesal tidak sertai Sukan Komanwel 2022

    KUALA LUMPUR, 25 SEPT – Pemain badminton profesional utama Malaysia, Lee Zii Jia tidak menyesal dengan keputusannya kerana tidak dapat menyertai Sukan Komenwel Birmingham 2022.

    Namun Zii Jia mengakui bahawa beliau akan menyertai temasya sukan itu, jika beliau tidak mengalami kecederaan.

    “Saya memang cedera dan mempunyai kejohanan yang berterusan pada masa itu. “Jika saya boleh bermain di Sukan Komanwel, saya pasti akan main,” katanya selepas sesi latihan kelmarin.

    Sebelum ini Zii Jia menerima kecaman selepas beliau dikatakan mengutamakan penyertaan di Kejuaraan Dunia di Tokyo, berbanding mewakili negara di Sukan Komanwel.

    Bagaimanapun, keputusan pemain nombor empat dunia itu untuk tidak menyertai Sukan Komanwel kembali menghantuinya, selepas beliau tewas kepada pemain China Zhao Jun Peng 19-21, 21-11, 19-21, pada pusingan ketiga kejohanan dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...