Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zimbabwe lancar mata wang baharu bersandarkan emas

    HARARE, 7 APRIL Bank pusat Zimbabwe melancarkan ‘mata wang berstruktur’ baharu yang disokong oleh emas baru-baru ini, ketika ia berusaha untuk menangani inflasi yang tinggi dan menstabilkan ekonomi negara yang telah lama goyah.

    ZiG – singkatan untuk Zimbabwe Gold – akan menggantikan dolar Zimbabwe yang telah jatuh nilainya sepanjang tahun lalu, menyebabkan inflasi melonjak, kata gabenor Bank Pusat, John Mushayavanhu.

    “Berkuat kuasa hari ini, bank akan menukar baki dolar Zimbabwe semasa kepada mata wang baharu,” katanya semasa membentangkan kenyataan dasar monetari.

    Mushayavanhu semasa membentangkan penyata dasar monetarinya di mana beliau turut mengumumkan pelancaran ZiG di Harare baru-baru ini. – AFP

    Beliau juga mengumumkan pemotongan drastik dalam kadar faedah utama bank, daripada 130 peratus kepada 20 peratus.

    ZiG akan ‘sepenuhnya diikat dan disokong’ oleh sekumpulan rizab yang terdiri daripada mata wang asing dan logam berharga – terutamanya emas, tambah Mushayavanhu.

    Langkah itu bertujuan untuk memupuk ‘kesederhanaan, kepastian, (dan) kebolehramalan’ dalam hal ehwal kewangan Zimbabwe, katanya, sambil mempersembahkan wang kertas baharu yang boleh didapati dalam lapan denominasi antara 1 hingga 200 ZiG. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda