Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zimbabwe mula arah perintah berkurung

    HARARE, 30 MAC – Pihak berkuasa Zimbabwe hari ini telah menguatkuasakan perintah berkurung selama tiga minggu dalam mencegah penyebaran koronavirus selepas wabak tersebut menyebabkan seorang terkorban dan menjangkiti enam lainnya.

    Presiden Emmerson Mnangagwa mengisytiharkan perintah berkurung selama 21 hari ‘penuh’ dari hari Isnin dan berkuat kuasa di seluruh negara, menutup kebanyakan kedai-kedai dan mengantungkan penerbangan keluar dan masuk ke Zimbabwe. Pihak polis membuat pusat pemeriksaan di jalan-jalan yang menuju daerah pusat perdagangan Harare, menghentikan kereta-kereta dan menggesa pejalan kaki yang tidak mempunyai kebenaran untuk berada di kawasan tersebut supaya berpatah balik.

    Trak-trak muatan di metropolitan dan polis bersenjatakan belantan membuat rondaan, mengarahkan orang untuk pulang ke rumah masing-masing.

    “Kami tidak mahu melihat orang ramai berkeliaran di jalan raya. Kami tidak mahu melihat orang yang tidak mempunyai sebarang urusan di bandar ini untuk berjalan-jalan,” seorang pegawai polis berkata. “Semua orang balik ke rumah masing-masing.”

    Rakannya yang memakai pakaian polis rusuhan, menghalau orang yang berdiri dalam kumpulan kecil di perhentian bas mini di Copacabana, di mana selalunya dipenuhi dengan orang ramai termasuk pengurup wang asing.

    Di sebuah bandar di Mbare, perhentian bas yang selalunya untuk bas perjalanan jauh dilihat lenggang dengan hanya pegawai pembersih menyapu parkir bas yang kosong.

    Sebuah bandar selalunya sibuk di kawasan Harare yang sering dipanggil sebagai ‘Negara Dunia Ketiga’ seakan-akan bandar hantu dengan hanya beberapa orang di jalan-jalan raya. Kebanyakan kedai telah ditutup. – AFP

    Bandar Harare yang selalunya dipenuhi ramai orang kini menjadi seperti bandar hantu, selepas pihak berkuasa mengarahkan perintah berkurung disebabkan oleh wabak koronavirus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda