Monday, March 31, 2025
26.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Zimbabwe nilai kerosakan akibat wabak ulat ratus Afrika

HARARE, 26 MAC – Zimbabwe terus berdepan dengan wabak ulat ratus Afrika terburuk dalam tempoh 20 tahun dan sedang menilai kerosakan yang berlaku terhadap tanaman, kata seorang pegawai kanan kelmarin, lapor Xinhua.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di ibu negara Harare, Menteri Tanah, Pertanian, Perikanan, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Anxious Masuka menggesa komuniti petani di seluruh negara agar sentiasa berwaspada bagi membendung serangan perosak itu.

“Kami menggesa semua pihak untuk bertindak balas terhadap sebarang kejadian yang disyaki wabak ulat ratus Afrika. Ini tidak bermakna petani sahaja perlu membeli bahan kimia sekiranya berlaku serangan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk bertindak dan bertindak segera,” katanya menjawab soalan daripada Xinhua.

Beliau berkata kerajaan tidak akan memberikan angka sebenar mengenai kerosakan akibat serangan ulat perosak itu sehingga bulan depan, selepas selesai pusingan kedua penilaian tanaman, ternakan dan perikanan, yang dijangka selesai pertengahan April.

Menurut Masuka, kerajaan Zimbabwe menggerakkan sumber mencukupi, termasuk bahan kimia dan kenderaan, serta memasang 214 perangkap pemantauan bagi mengawal wabak itu. – Bernama

Gambar Envato
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda