Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Zion bantu Pelicans menang

    LOS ANGELES, 31 OKT – Zion Williamson membuat kemunculan semula dari kecederaan pinggul kanan dengan menyumbangkan 21 mata, 12 rebounds dan tujuh assists dalam kemenangan 112-91 New Orleans menentang Los Angeles Clippers.

    The Pelicans meningkat kepada 4-2 pada musim ini dan 3-1 ketika Williamson, pemain pilihan terbaik NBA Draft 2019, masuk ke dalam gelanggang.

    Williamson bermain selama 31 minit dalam kemunculan semulanya selepas mengalami kecederaan semasa kalah 122-121 menentang Utah.

    “Saya baik. Saya rasa sakit sedikit. Saya tak boleh sembunyikan daripada anda kerana saya jatuh dengan teruk sekali. Tapi saya OK,” katanya.

    Sejarah kecederaan Williamson cukup buat mana-mana peminat Pelicans untuk risaukan keadaan pemain itu.

    Kecederaan lutut telah mengehadkan Williamson kepada 24 permainan sahaja semasa zaman permulaannya. Rekod puratanya ialah 27 mata dalam 61 permainan semasa kempen 2020-21 namun terpaksa terlepas musim lalu selepas patah kaki kanan.

    Dalam musim ini, purata Williamson ialah 21.8 mata, 8 rebounds.

    C.J. McCollum merupakan penjaring terbanyak the Pelicans dengan 22 mata, diikuti Williamson yang kurang satu jaringan sahaja. – AFP

    Aksi Zion Williamson cuba untuk menjaringkan mata ketika dalam perlawanan antara Los Angeles Clippers dan New Orleans Pelicans. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...