Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zirafah tanpa tompok tarik perhatian

    WASHINGTON, 23 OGOS – Baru berusia tiga minggu, seekor zirafah di negeri Tennessee selatan Amerika Syarikat (AS) sudah mendapat perhatian meluas disebabkan ciri-ciri uniknya atau lebih tepat ia tidak mempunyai tompok.

    Dikatakan sebagai sangat jarang berlaku oleh pengarah Zoo Bright, David Bright, haiwan yang dikenali sebagai zirafah retikulasi itu lahir pada 31 Julai dan kini tingginya mencecah enam kaki.

    Bright berkata haiwan betina itu ‘cantik berwarna perang pekat,’ tanpa sebarang corak khas untuk spesies yang membantu menyamar daripada ancaman haiwan di habitat semula jadi.

    Ia merupakan zirafah pertama yang diketahui dilahirkan tanpa sebarang tompok sejak 1972 di Jepun, katanya.

    Nama zirafah itu masih belum dipilih daripada senarai yang dicadangkan oleh pengguna di laman Facebook zoo itu.

    Dia “membesar dengan baik di bawah penjagaan ibunya yang prihatin dan kakitangan pakar zoo itu,” kata Bright dalam satu kenyataan, sambil menambah dia berharap perhatian media akan membantu memupuk kesedaran tentang ancaman yang dihadapi oleh zirafah.

    Tony Bright, pengasas zoo itu, berkata “populasi liar secara senyap-senyap semakin terancam pupus, dengan 40 peratus daripada populasi zirafah liar hilang hanya dalam tempoh tiga dekad yang lalu.” – AFP

    Seekor zirafah betina yang lahir di Zoo Brights di Limestone, Ten pada 31 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda