Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizan akui diri sendiri bermasalah punca hubungan sering tak menjadi

    Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui dia pernah menganggap dirinya bermasalah apabila sering gagal dalam setiap hubungan percintaan.

    Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia kini lebih matang dalam soal cinta dan mengambil perkara yang berlaku secara positif.

    “Memang pernah terfikir saya sendiri bermasalah ke tapi kini, saya lebih matang bila bercerita mengenai soal cinta. Bila fikir balik, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

    “Jadi, saya perlu fikir positif. Kita hidup di muka bumi ini bukan hanya untuk diri kita saja tapi untukNya. Apa yang berlaku, bukan kehendak kita tapi semuanya perancangan daripada Allah.

    “Dia yang di atas menentukan dengan siapa kita layak bersama,” kata Zizan kepada media.

    Zizan pernah mencuba untuk mendirikan rumah tangga namun tiada jodoh. – Agensi

    Sebelum ini, Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans sekitar tahun 2012. Manakala sekitar tahun 2013, Zizan mula bercinta dengan pelakon Emma Maembong namun percintaan itu hanya bertahan selama dua tahun. Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.

    Dalam pada itu, pelakon Polis Evo ini memberitahu dia pernah mencuba untuk mendirikan rumah tangga namun tiada jodoh.

    “Buat masa sekarang saya juga terfikir soal kahwin. Saya pernah mencuba untuk ke arah itu tapi apabila rezeki lain datang, saya fokus pada kerja dahulu.

    “Lagipun, saya nak tengok kesungguhan mak nak saya kahwin itu macam mana. Kalau dia dah paksa, baru saya akan mencari pasangan.

    “Sekarang ini, mak saya masih tenang saja dan keputusan untuk berkahwin itu bergantung pada saya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda