Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizan doakan Emma bahagia

    Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Emma Maembong yang bernikah dengan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar, di ibu negara, kelmarin.

    Sambil mengakui menerima undangan bekas kekasihnya itu, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 35, mendoakan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. “Saya berbesar hati mengucapkan tahniah untuk Emma… Dia ada menjemput saya.

    “Saya tak ada masalah untuk memenuhi undangan itu. Cuma, saya tak dapat nak beri kata putus kerana perlu melihat jadual kerja terlebih dahulu.

    “Saya tak mengenali lelaki pilihannya itu. Namun, saya katakan padanya, biarlah jodohnya itu direstui kedua-dua keluarga,” katanya kepada media.

    Mengulas lanjut pesanan ringkas yang diberi kepada pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu, Zizan menjelaskan, ungkapan itu tidak bermaksud apa-apa, selain nasihat berguna yang boleh menjadi panduan semua orang. – Agensi

    Zizan menjelaskan ungkapan yang diberikan tidak bermaksud apa-apa, cuma sekadar nasihat berguna yang boleh menjadi panduan semua orang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda