Friday, January 31, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizan terkejut jadi calon Top 5

    Zizan Razak, 39, tidak menyangka dirinya bolos senarai Top 5 bagi tiga kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

    Pernah menarik diri daripada dicalonkan pada ABPBH 34, Zizan bersyukur dirinya masih menjadi pilihan peminat untuk bersaing di platform acara anugerah berprestij ini.

    “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kembali menduduki Top 5. Soal masih relevan, saya tidak pasti bagaimana perkara itu diklasifikasikan.

    “Formula saya hanyalah buat yang terbaik demi kerjaya saya,” katanya kepada BH Online.

    Zizan tercalon dalam kategori Aktor Filem Popular, Artis Komedi Popular dan Couple Filem Popular bersama gandingannya dalam filem Abang Long Fadil 3 iaitu Elizabeth Tan.

    Zizan menyerahkan kepada peminat untuk menentukan kejayaannya pada ABPBH 35. – mStar

    Bagi kategori Aktor Filem Popular, Zizan berdepan saingan Beto Kusairy, Zul Ariffin, Datuk Adi Putra dan Fattah Amin.

    Bagi kategori Artis Komedi Popular, Zizan bersaing dengan Johan, Syahmi Sazli, Bell Ngasri dan Jaa Suzuran.

    Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak mengaku tiada formula atau rahsia dalam mempertahankan karier seninya.

    “Saya tiada sebarang rahsia, sebaliknya ikut peredaran masa. Sebagai selebriti, saya sentiasa perbaiki diri tidak kira sebagai pengacara, pelawak atau pelakon filem.

    “Saya sentiasa pastikan tidak terikat dengan satu cara saja. Selain itu, sikap rendah diri juga penting apabila bergelar selebriti,” katanya.

    Zizan mengaku tidak mempunyai strategi dalam memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

    “Saya lebih suka peminat menilai dari sudut kerja. Bukan hanya kelab peminat, sebaliknya, saya mahu orang luar pilih saya kerana layak.

    “Bagi saya, jika tidak menang, bermakna, saya tidak layak. Saya mahu peminat menilai secara adil,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda