Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Zizi boikot semua produk pro-Israel

    Penyanyi Zizi Kirana mengakui tidak lagi memakai jenama pro-Israel dan memilih menukar semuanya kepada barangan tempatan.

    Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil, 39, berkata dia sangat berhati-hati dalam membeli termasuklah barangan solekan dan makanan.

    “Memang susah nak boikot sebab sudah terbiasa. Sejak dahulu lagi sudah dikelilingi barangan luar. Macam saya sendiri, dari segi peribadi, barangan solek pun saya tukar.

    “Apa yang saya ada sebelum ini saya habiskan, ada juga saya tukar seperti pencuci muka dan barangan solek. Jurusolek yang selalu solek pun saya tanya, gunakan jenama apa.

    “Saya berpesan pakai sahaja jenama tempatan untuk solekan. Saya juga kata jangan beli baharu, kalau ada yang lama pun tidak mengapa.

    Zizi berhati-hati dalam membeli barangan solekan dan makanan, terutama membabitkan jenama pro-Israel. – mStar

    “Saya juga tidak lagi minum Milo walaupun itu kegemaran saya. Itu saya katakan pada suami, Yusuf Bahrin, tak mati pun kalau tak minum,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas lanjut, Zizi mengakui, usaha memboikot jenama pro-Israel itu tidak mudah, namun ia percaya boleh membantu.

    “Bila kita latih benda ini, insyaAllah ia boleh membantu. Kita perlu memperluaskan solidariti buat Palestin supaya impak lebih besar kepada rejim Israel.

    “Kita melakukan semampu boleh, jangan beli barangan yang boleh menyalurkan pendapatan kepada mereka. Usaha ini memang nampak kecil, tapi insyaAllah akan jadi saksi di akhirat,” katanya yang ditemui di majlis bacaan Yassin dan pelancaran Tabung Bersamamu Rafah 2024 di Glam Hall Damansara, baru-baru ini.

    Turut terbabit dengan usaha pelancaran Tabung Bersamamu Rafah, Zizi berharap sasaran mengutip RM500,000 untuk Rafah akan tercapai. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...