Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizi Kirana, Yusuf Bahrin saling unfollow di IG?

    Rumah tangga pasangan selebriti Malaysia, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mula menjadi perhatian selepas mereka dipercayai tidak lagi saling mengikuti di Instagram sekali gus mencetuskan tanda tanya.

    Lebih menguatkan spekulasi itu, gambar sambutan hari lahir Yusuf yang dimuat naik Zizi pada 8 Jun lalu dipadam daripada akaun Instagram miliknya.

    Tinjauan mStar di akaun media sosial Zizi sejak kebelakangan ini juga penuh makna tersirat menerusi perkongsiannya di platform Threads.

    Salah satu daripadanya adalah perkongsian yang dimuat naik pada 26 Jun lalu sempena awal muharam, Zizi seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui fasa sukar.

    “Tahun ini kita diuji, kita jatuh, tapi Allah masih beri kita peluang. Alhamdulillah, walau tak semua faham perjalanan kita, Allah tak pernah jauh.

    Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September 2021. – Kosmo Online

    “Ya Rabb, ampuni yang lepas, redai yang akan datang, dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa-Mu,” tulisnya.

    Malah Zizi dalam hantaran di Threads turut memaklumkan dia sudah berpindah rumah dan berkongsi suasana kediaman baharu yang tenang dan sunyi.

    “Vibe rumah baru memang ngam! Sunyi, tenang, bunyi-bunyi alam, sesuai untuk introvert!,” tulisnya.

    Sebelum ini, menerusi satu hantaran pada 10 Jun lalu, Zizi ada menulis sesuatu yang penuh tersirat dan menimbulkan pelbagai andaian.

    “Aku belajar tak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan,” katanya.

    Bagaimanapun tinjauan di media sosial Yusuf pula hanya berkaitan kerja dan tiada hantaran peribadi dimuat naik.

    Malah foto bersama Zizi juga masih ada dan kali terakhir Yusuf memuat naik foto bersama isterinya adalah pada sambutan Aidilfitri lalu.

    Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda