Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zlatan kempunan aksi All-Star

    LOS ANGELES, 31 Julai – Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic tidak akan beraksi dalam perlawanan MLS All-Star Khamis ini menentang bekas kelabnya Juventus, umum Los Angeles Galaxy, yang menyatakan beban kerja dan isu perjalanan sebagai sebab utama.

    Ibrahimovic mengumpulkan jumlah jaringan liga musim ini kepada 15 gol dari 17 perlawanan dengan hatrik MLS yang pertamanya menentang Orlando City pada Ahad lalu.

    Dia adalah pilihan penyokong bagi perlawanan All-Star tetapi akan beraksi dalam perlawanan ketiganya dalam tempoh tujuh hari dengan menyertai skuad itu bagi pertembungan merentas negara di Atlanta.

    “Saya kecewa tidak dapat beraksi dalam perlawanan All-Star 2018 menentang Juventus, salah sebuah bekas kelab saya,” kata Ibrahimovic.

    “Saya mahu berterima kasih kepada penyokong kerana mengundi saya untuk bersama pasukan itu. Fokus utama saya adalah untuk menjaringkan gol dan membantu LA Galaxy dalam playoff.

    Zlatan Ibrahimovic (tengah) diasak oleh pemain pertahanan dan penjaga gol Orlando City dalam aksi MLS di StubHub Center. Ibrahimovic tidak akan beraksi bersama MLS All-Star menentang Juventus kerana beban kerja dan isu perjalanan. – AFP

    “Ia adalah hari yang bagus bagi pasukan dan saya. Saya menjaringkan tiga gol, dan mencatatkan satu umpanan gol. Kami memenangi perlawanan,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

    “Jika kami tidak memenangi perlawanan, ia tidak kira berapa banyak pun jaringan atau umpanan gol anda hasilkan, untuk menang adalah sesuatu yang berbeza.”

    Ibrahimovic, yang menyertai pasukan itu dari Manchester United awal tahun ini, menjaringkan kesemua tiga golnya menentang Orlando dalam tempoh 24 minit separuh masa kedua.

    “Dia adalah pemain yang mempunyai kekuatan fizikal yang hebat dalam liga ini sebagai penyerang,” kata jurulatih Galaxy, Sigi Schmid. “Apabila Ibrahimovic beraksi, ia seperti (bintang NBA yang bersara), Shaquille O’Neal atau orang seperti itu. Anda tidak dapat menggerakkan mereka.”

    Ibrahimovic, yang membantu Galaxy ke tangga ketiga dalam Western Conference selepas sembilan perlawanan tanpa kalah, berkata dia merasa bagus tetapi perlu untuk mendapatkan penjagaan khas untuk terus kekal sihat.

    “Secara fizikalnya saya bagus. Saya berlatih dengan baik dan tidak terlepas satu sesi latihan pun. Saya bermain kesemua perlawanan dan menjaga keseimbangan badan saya,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda