Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zno Eagles tambah derita Brunei Pegasus

    Oleh Jame Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Brunei Pegasus kini berada di kedudukan terbawah Liga Super Bola Keranjang Thailand dengan rekod tanpa kemenangan selepas enam perlawanan.

    Kekalahan terakhir pada perlawanan Ahad lalu menyaksikan pasukan bola keranjang profesional Brunei tersebut tewas menentang Team Zno Eagles dari Filipina dengan keputusan 146-122 di Stadium Nimibutr.

    Pemain import Brunei Pegasus, Roider Cabrebra bermain dengan baik apabila mencetak jaringan 50 mata dengan lapan rebound dan empat assist serta tiga kali merampas bola. Sementara rakannya, Leonidez Avenido menjaringkan 41 mata, lima rebound dan enam assist serta empat rampasan bola.

    Pemain tengah tinggi lampai, Pavle mempunyai rebound terbanyak dengan jumlah sebanyak 34 rebound dan 25 mata jaringan. Brunei Pegasus yang kekurangan pemain, memaksa Samuel Jong selaku pengasas pasukan tersebut untuk menyarung jersi bagi pasukannya dan menamatkan perlawanan dengan enam mata, 10 rebound dan empat assist serta dua rampasan bola. Pemain selebihnya tidak menyumbang sebarang mata untuk pasukan.

    Zno Eagles, yang juga mempunyai rekod tanpa kemenangan dalam liga, akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama selepas menentang Brunei Pegasus. Pasukan mereka memiliki gabungan pemain yang seimbang dengan 10 pemain yang mencetak jaringan dalam perlawanan dan enam dari pemainnya berjaya menja-ringkan mata sekurang-kurang dua angka.

    Pemain import mereka, Ivan Meca Brylle berjaya menyumbang 28 mata, tujuh rebound dan enam assist manakala rakannnya Ricardo Jr menjaringkan 27 mata, 11 rebound dengan 19 assist dan Ibarra Jonathan menjaringkan 26 mata dengan lima assist dan satu rebound.

    Selepas kekalahan itu, Jurulatih Padrigao dari Brunei Pegasus enggan memberikan sebarang komen mengenai prestasi pasukan itu.  Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Brunei Pegasus menentang NS Matrix dari Malaysia pada 6 Mac.

    Aksi pemain Brunei Pegasus ketika menentang Team Zno Eagles di perlawanan Liga Super Bola Keranjang Thailand.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda