Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zohour Alaoui dilantik jadi presiden UNESCO

    PARIS, 31 Okt – Wakil Tetap Maghribi ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Zohour Alaoui, telah dipilih secara sebulat suara sebagai presiden bagi tempoh dua tahun oleh 195 negara anggota yang menghadiri Persidangan Umum ke-39 badan dunia itu, yang bermula di sini pada Isnin.

    Ini merupakan kali pertama  Maghribi memegang tampuk kepresidenan Persidangan Umum UNESCO dan Zohour Alaoui menjadi wanita pertama dari dunia Arab, Afrika dan Islam yang menyandang jawatan berkenaan.

    “Saya berasa amat bangga dengan pengiktirafan yang diberikan rakan-rakan ketika pertubuhan ini berdepan kesukaran dan konteks yang begitu sensitif,” katanya selepas pelantikan.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda