Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Zon 3 muncul johan di Kejohanan Futsal antara Zon, Sukan Tahunan Setia Protective Security Services (SPSS) yang berlangsung di Pulaie Futsal Court, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut, Pegawai Keselamatan Kompeni D Zon 2, 75 SI Haji Ros Ariffin bin Ramli.
Perlawanan ini merupakan inisiatif tahunan yang diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa Sukan Syif C bagi mengeratkan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota.
Turut hadir menyertai perlawanan tersebut, Pegawai Keselamatan Kompeni D Zon 4, 77 SI Janurin bin Jamudin.
Keputusan akhir menyaksikan Zon 4 di tempat kedua manakala Zon 2 di tempat ketiga.



