Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zon diplomatik Kabul diserang, 4 maut

    KABUL, Afghanistan, 31 Okt – Seorang pengebom nekad dipercayai berusia semuda 12 tahun telah menyerang kuarters diplomatik Kabul yang dikawal ketat hari ini dan membunuh kira-kira empat orang, menunjukkan yang militan masih lagi menghuni bandar itu meskipun kawalan keselamatan ketat.

    Ia adalah serangan pertama yang menyasarkan ‘Zon Hijau’ bandar Afghanistan sejak bom trak memusnahkan kawasan itu pada 31 Mei, membunuh atau mencederakan ratusan orang sehingga mencetuskan pihak berkuasa untuk memperkukuhkan perlindungan.

    Kumpulan Islamic State (IS) mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu yang disusuli dengan siri serangan berani mati oleh Taliban dan pemberontak IS ke atas pemasangan keselamatan dan di masjid-masjid beberapa minggu kebelakangan.

    Sumber keselamatan Barat memberitahu AFP penyerang kelihatannya telah menyasarkan para pekerja yang meninggalkan kemudahan kementerian pertahanan Afghanistan di dalam zon yang dilindungi ketat itu.

    Kakitangan keselamatan Afghanistan berdiri mengawal berhampiran tapak pengeboman nekad di Wazir Akbar Khan di Kabul pada 31 Oktober. – AFP

    “Serangan bunuh diri dilakukan oleh pengebom bawah umur, seorang budak lelaki yang kami rasa berusia 13 atau 15 tahun, membunuh empat orang dan mencederakan puluhan orang awam lain,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish kepada AFP.

    Tambahnya jumlah kematian mungkin boleh berubah.

    Seorang jurucakap polis berkata penyerang mungkin semuda 12 tahun.

    Jurucakap kementerian pertahanan, Dawlat Waziri berkata penyerang ‘berjaya melepasi tempat pemeriksaan pertama namun berhenti di tempat pemeriksaan kedua dan meledakkan letupan.”

    “Kami tidak tahu sasarannya namun ia berlaku beberapa meter dari pejabat perhubungan luar kementerian pertahanan. Tidak ada korban jiwa pada kakitangan kami,” kata Waziri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda