Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zon ekonomi baru upah ramai pekerja

    VIENTIANE, 15 Jan – Kerajaan Laos akan menumpukan sepenuh perhatian dalam aspek pertumbuhan zon ekonomi khusus dan spesifik (SEZ), sebagai satu cara menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

    Ia bakal dilaksanakan di bawah pelan baru yang dilancarkan Kementerian Perancangan dan Pelaburan Laos baru-baru ini, di mana kilang-kilang terletak di SEZ harus menjana ribuan pekerjaan pada 2018, memetik laporan Vientiane Times pada Isnin.

    Zon ekonomi khas Savan-Seno di wilayah tengah Savannakhet, merancang untuk menarik kemasukan 20 pelabur baru tahun ini, yang dilihat mampu mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan.

    Di wilayah Bokeo utara Laos pula, Zon Ekonomi Khas Segitiga Emas mampu menjana 400 pekerjaan.

    Satu lagi kawasan yang semakin berkembang, iaitu Zon Ekonomi Spesifik Boten di wilayah Luang Namtha menjangka menarik 40 syarikat serta menjana kira-kira 700 pekerjaan.

    Ketika ini, jumlah penduduk Laos yang bekerja di SEZ kurang daripada angka yang ditetapkan Undang-Undang Buruh, menurut Lao daily.

    Masalah itu disebabkan terdapat beberapa isu di peringkat akar umbi.

    Antara isu itu, kerana pelabur asing memerlukan pekerja mempunyai kemahiran tertentu yang tidak ada pada pekerja tempatan, jadi terpaksa mengupah warga asing.

    Pada masa ini, sebanyak 352 syarikat dari Laos dan luar negara menjalankan perniagaan di SEZ, dengan jumlah modal berdaftar AS$8 bilion.

    Kira-kira 14,699 pekerjaan diwujudkan dan seramai 7,564 pekerja tempatan diupah, manakala untuk kekosongan selebihnya diisi pekerja asing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda