Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zon Eropah catat kemelesetan paras tertinggi

    BRUSSELS, 1 JUN – Kemelesetan di zon Eropah melonjak kepada paras tertinggi sejak Oktober 2018 selepas sekatan COVID-19 di seluruh Eropah dikurangkan, memacu pertumbuhan ekonomi dan harga pasaran tenaga, menurut data rasmi dikeluarkan hari ini.

    Harga pengguna di 19 buah negara yang menggunakan mata wang euro meningkat dua peratus dari tahun ke tahun, melepasi sasaran Bank Pusat Eropah, menurut agensi Eurostat EU.

    Harga pulih dipacu oleh peningkatan sebanyak 13.1 peratus dalam tenaga, menurut Eurostat, melebihi barangan pengguna yang lain sebagai pemacu utama kemelesetan. Agensi tersebut berkata bahawa teras kemelesetan, yang menjejaskan tenaga dan barangan lain yang tidak menentu, hanya meningkat pada Mei kepada 0.9 peratus, dari 0.7 peratus pada bulan sebelumnya.

    Inflasi zon Eropah menjadi satu trend biasa selepas merudum kepada negatif selama berbulan-bulan ketika gelombang pertama pandemik.

    Pakar ekonomi meramalkan inflasi akan melonjak pada bulan-bulan mendatang, dan menjangkakan ia akan melebihi sasaran inflasi Bank Pusat Eropah iaitu ‘hampir atau di bawah’ dua peratus. Peningkatan harga adalah disebabkan oleh faktor sementara berkaitan dengan pengurangan perintah berkurung dan Bank Pusat Eropah dijangka akan meneruskan dasar ‘pinjaman mudah’ bagi meningkatkan unjuran dan mengurangkan inflasi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda