Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zon euro tidak cukup kukuh

    PARIS, 29 Mac – Zon euro dalam bentuk kewangan lebih baik berbanding sedekad lalu, namun tidak cukup kukuh untuk bertahan mendepani satu lagi krisis ekonomi, menurut ketua Dana Matawang Antarabangsa semalam.

    Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde memberitahu persidangan Pasifik bahawa kesatuan matawang ‘tidak cukup berdaya tahan’ untuk menghadapi ‘keributan ekonomi yang tidak dijangkakan’.

    Lagarde mengakui kesatuan matawang kini ‘lebih berdaya tahan dari sedekad lalu apabila krisis kewangan sejagat melanda tetapi ia tidak cukup berdaya tahan.

    “Sistem perbankannya lebih selamat, namun tidak cukup selamat. Kesejahteraan ekonominya pada keseluruhan lebih besar tetapi manfaat pertumbuhan tidak cukup dikongsikan,” Lagarde memberitahu perhimpunan itu, yang diadakan oleh bank pusat Perancis.

    Amaran itu dibuat ketika tanda-tanda pertumbuhan ekonomi lebih perlahan terutamanya di negara penjana, Jerman dan ekonomi kedua terbesar gabungan itu, Perancis.

    Hari ini, indikasi suku pertama yang lemah bagi zon euro meningkat ketika tinjauan yang diawasi secara dekat merujuk kepada penghasilan Mac yang semakin lemah akibat kelemahan pengilangan.

    Pengilang-pengilang di 19 negara dalam gabungan matawang tunggal melaporkan kemerostoan teruk bagi tempoh enam tahun ‘ ketika tekanan meningkat akibat perang perdagangan dan kebimbangan Brexit,” menurut syariakt data, HIS Markit.

    Rabu lalu, Bank Pusat Eropah menambah lagi kebimbangan pertumbuhan apabila ketuanya Mario Draghi membayangkan kadar faedah terus rendah bagi tempoh lebih lama daripada jangkaan sebelum ini, untuk merangsang pertumbuhan dan inflasi. – AFP

    Lagarde ketika menghadiri simposium sempena ulang tahun ke-20 euro di Banque de France anjuran Forum Duit dan Kewangan Eropah (SUERF) di Paris kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda