Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo dedah jantina anak panda

    WASHINGTON, 6 OKT – Zoo di Washington mendedahkan semalam bahawa anak beruang panda baharunya adalah jantan, enam minggu selepas gambar webcam yang menyiarkan ibunya Mei Xiang melahirkannya ditonton di seluruh dunia.

    Satu ‘swab’ dari pipi anak beruang panda diambil untuk analisis DNA, memandangkan panda jantan dan betina nampak sama semasa dilahirkan.

    “Anak panda nampaknya sihat dan kuat,” kata Zoo Nasional Smithsonian, menambah ia mempunyai berat 3.6 paun dan berukuran 14 inci dari hidung ke hujung ekor.

    “Kedua-dua mata anak panda mula terbuka. Penjaga zoo berasa gembira dengan perkembangannya,” katanya.

    Lukisan biru, oleh Tian Tian, bapa anak panda, yang mencalit kanvas sementara memegang berus menerusi besi kurungannya, dibuka oleh penjaga zoo untuk mendedahkan jantina anak panda itu.

    Mei Xiang, 22, adalah panda kedua tertua di dunia yang melahirkan anak. Ia menjalani permanian beradas pada Mac dengan semen dari Tian Tian, 23.

    Mei Xiang kini telah melahirkan empat ekor anak.

    Kesemua anak yang dilahirkan di zoo berpindah ke China apabila ia berusia empat tahun di bawah kontrak perkongsian dengan China yang memiliki panda tersebut. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Zoo Nasional Smithsonian menunjukkan anak beruang panda jantan berusia 6 minggu di zoo tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda